..maafkan saya..


Awak..

maafkan saya kerana selalu berfikir yang bukan-bukan walaupon saya tahu itu akan merosakkan hubungan kita tapi..arrrgghhhh sifat ini seolah2 da sebati dalam diri tapi awak selalu meneutralkan perkara tersebut..maafkan saya awak..


Awak..

mafkan saya kerana selalu memberontak setiap kali awak memberi nasihat walaupon saya tahu saya salah tapi umpama menegakkan benang yang basah dan tiap kali itulah awak menenangkan saya...:(


Awak..

maafkan saya kerana saya selalu menyusahkan awak agar menurut segala kehendak saya..kerana awak kata sebelum ini saya selalu merungut kasih sayang awak tidak cukup dan mungkin dengan perbuatan awak ini mampu membuka mata saya betapa awak sayang kan saya..


Awak..

maafkan saya jika saya tidak boleh menjadi seperti yang awak nak walaupon awak tidak pernah mempertikaikan siapa diri saya dan menerima saya seadanya..


Awak..

maafkan tentang segala-galanya..kadang saya rasa diri saya seperti manusia yang tidak kenal erti bersyukur kerana terlalu banyak permintaan dan memeningkan awak...emmmm, maafkan saya lagi..:(


Awak..

saya selalu tertanya-tanya kenapa awak memilih saya dan bukan orang-orang yang pernah menjadi kawan awak..mereka lagi cantik, baik dan memang sesuai untuk menjadi pasangan awak..

Awak selalu beritahu..

lupakan perkara yang sudah lepas..emmm
percayalah pasangan sendiri..sebab awak kata nanti apabila ada perkara berlaku, awak tak harap kepercayaan orang lain tetapi sepenuhnya dari saya..awak cakap lagi, kalau saya tidak percayakan awak siapa lagi yang nak percaya..orang luar tak kenal awak tetapi saya pasangan awak kenal awak siapa..

Awak baik dengan saya walaupon saya selalu prejudis dengan awak..

Awak terima dengan segala-galanya..
baru saya sedar awak umpama nadi dan nafas saya dalam meneruskan kehidupan ini..


Awak..

tidak tahu macam mana untuk membalas segalanya..cuma berharap dapat menjaga awak selagi saya masih bernafas dan tidak mahu membiakan awak disakiti lagi..mahu memberikan kasih sayang ini tanpa ada balasan...kerana saya sayang awak..


Awak..

terima kasih lagi kerana bersabar melayan setiap karenah yang entah pape ini..degil, keras kepala, keras hati, suka memberontak, sensitif..Aaaarrgghh macam-macam lagi..terlalu banyak kekurangan dari kelebihan ta[i awak masih bersama saya dan saya tidak tahu kenapa..

Dan sehingga saya jumpa kata-kata ini..barulah saya faham kenapa kita masih bersama..

~belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah Tuhan..usah mendambakan teman secantik balQis, andai dirimu tidak seindah sulaiman..mengapa mengharapkan teman setampan yusuf, andai dirimu tidak setulus zulaikha..tak perlu mencari keistimewaan khadijah, andai dirimu tidak sesempurna RAsulullah S.A.W....~

amin...