..bulan ramadhan..

Tips Bulan Ramadhan ,semoga menjadikan kita istiqamah dalam mengisi kegiatan seharian di bulan Ramadhan 1432H :
Waktu Sahur

. Membaca sepotong ayat Al-Quran sebelum melakukan sahur.
. Sahur menjelang solat subuh.
. Berhenti sahur sekurang-kurangnya 10 minit sebelum azan subuh.

Menjelang Subuh

· Fokuskan diri untuk melakukankan solat subuh.
· Memperbanyakkan doa ketika selesai solat subuh.

Setelah Subuh

· Mensyukuri nikmatNya dengan berselawat.
· Luangkan masa untuk mendengar kuliah atau ceramah pagi.
· Membuat sedikit senaman ringan.
· Tadarus Al Qur’an.
· Jangan tidur kembali.

Ketika perjalanan dan di tempat kerja

· Memulakan perjalanan dengan membaca basmalah.
· Memberikan senyuman kepada sahabat.
· Jangan lepaskan hati dari dzikrullah, karena itu akan menentramkan hati kita.
· Menjaga pertuturan, pendengaran dan penglihatan sesama sahabat.
· Apabila emosi tidak terkawal, segeralah berwudhu dan perbanyakkan tadarus Al-Quran.
· Selalu beringat bahawa bulan Ramadhan bukan bulan untuk menjadikan kita malas dalam membuat kerja.

Saat Buka Puasa

· Menyegerakan berbuka ketika tiba waktunya.
· Menyempurnakan kewajiban berbuka dengan solat Magrib berjamaah.
· Melakukan solat sunat Tarawih dengan secukupnya dengan 20 rakaat beserta 3 rakaat witir. Sesungguhnya tiada mazhab yang melakukan kurang daripada itu.
· Setelah selesai solat Insya’ dan Tarawih, makanlah sedikit buah atau kuih.
· Bertadarus berjamaah dengan saling memperbetulkan bacaan sahabat.

Menjelang Tidur

· Tidur dengan waktu yang sesuai untuk bersahur di subuh hari.
· Tidur dengan adab yang betul.


Semoga dengan tips ini dapat kita mendapat kerahmatan dan keberkatan sepanjang di bulan Ramadhan.


Lafaz Niat Berpuasa

nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


Lafaz Niat Berbuka Puasa

allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Maksud:Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang..


anak ketam belajO berjalan,

matanye tanggal d ggit lipan,

camat datang bulan ramadhan,

camat tinggal antu dan setan.

camat berpOse..:))